Ikuti Kami:

“Saya Tahan Diri Daripada Mencarut” – Gary Mengeluh Akaun Instagram Haoh Sudah 6 Kali Digodam

“Saya Tahan Diri Daripada Mencarut” – Gary Mengeluh Akaun Instagram Haoh Sudah 6 Kali Digodam

Penat betul melayan perangai orang yang dengki ini kan? Sama juga dengan Gary yang meluahkan rasa penatnya apabila Instagram yang dibuka khas buat anaknya, Haoh sering menjadi sasaran penggodam.

Kelmarin, penyanyi rap itu telah memuat naik satu tangkapan skrin akaun yang sepatutnya menjadi milik Haoh di laman Instagram miliknya.

Ini adalah akaun yang telah dibuat kembali oleh individu yang menggodam akaun Haoh. Jangan ikuti akaun ini!!

Malahan, Gary turut memuat naik satu lagi entri lain bagi meluahkan kekesalannya dengan insiden yang sudah banyak kali berlaku ini.

 

View this post on Instagram

 

하오 계정을 거의 여섯번째 해킹 당했습니다. 찾아도 소용없고 아무런 예고도 없이 그냥 해킹 당하네요..대책도 방법도 없는건가..요?? 그동안 하오 계정을 사랑해주시고 응원해주셔서 감사합니다!! 오밤중에 모처럼 ㅆ욕이 나오지만 참아봅니다! 원래 하오 계정은 언팔해주십시요!

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban) on

Ini adalah kali ke-6 akaun Haoh digodam. Tak guna pun kalau nak cari pelakunya, dan ia digodam tanpa sebarang amaran.. tiada peraturan atau pun prosedur ke?? Terima kasih kerana menyokong akaun Haoh sehingga ke hari ini!! Walaupun perkara ini membuatkan saya ingin mencarut pada tengah malam ini namun saya akan bersabar! Tolong jangan ikuti akaun asal milik Haoh!

Lelaki itu turut memberi amaran yang sama menerusi Instagram Story di akaunnya,

Akaun Haoh sudah pun digodam dan saya belum lagi membuat akaun baru. Jangan tertipu. Selamat malam!

Siapalah yang banyak masa sangat sampai godam satu akaun sehingga beberapa kali itu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...