Ikuti Kami:

“Saya Sukakan Perhatian, Sayangi Saya” – Netizen Minta Gu Hyesun Jumpa Pakar Psikologi

“Saya Sukakan Perhatian, Sayangi Saya” – Netizen Minta Gu Hyesun Jumpa Pakar Psikologi

Kita masih lagi dalam drama konflik rumah tangga pelakon Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun. Rasanya macam dah lama kes penceraian mereka diproses tetapi tiada lagi pengumuman rasmi mengenai perpisahan pasangan yang disokong ramai suatu ketika dahulu.

Meskipun terpalit dengan pelbagai khabar angin dan gosip, nampaknya kedua-dua pelakon itu tetap meneruskan kehidupan dan jadual seni seperti biasa. Mereka juga tidak lari daripada perhatian ramai kerana tidak putus-putus memuat naik gambar perihal kehidupan seharian mereka di laman Instagram masing-masing.

Terbaru, Gu Hyesun telah memuat naik sekeping gambar swafoto di laman Instagramnya. Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang mengiringi entri tersebut. “Saya sukakan perhatian, sayangi saya.”

gu hyesun

Rata-rata netizen yang membaca entrinya itu meminta supaya pelakon wanita itu supaya mendapatkan khidmat nasihat pakar kerana sepertinya dia kelihatan tidak stabil. Mereka turut memberikan kata-kata semangat untuknya menghadapi segala rintangan dalam hidup.

Namun, segelintir netizen turut memintanya berhenti berperangai sedemikian kerana ia membuatkannya kelihatan tidak matang dan kebudak-budakan. Ini kerana dia seperti cuba meraih simpati daripada orang ramai daripada entrinya di laman media sosial itu.

Apa-apa pun, diharapkan agar Gu Hyesun dan Ahn Jaehyun dapat menyelesaikan masalah mereka sebaiknya.

Sumber: Jazmine Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...