Siapa sahaja tak kenal pelakon Jung Woo-sung, walaupun jarang muncul dalam produksi drama tetapi lelaki ini merupakan ‘raja’ dalam dunia perfileman Korea. Antara naskhah hebat yang diterajuinya ialah “The King”, “A Moment To Remember” dan “Innocent Witness”.
Sudah pun mencecah usia 47 tahun dan angka depan umurnya bakal bertukar kepada ‘5’ tak lama lagi, ramai yang sering bertanyakan pelakon itu bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Muncul sebagai tetamu bagi rancangan “Yoo Quiz On The Block” di tvN baru-baru ini, Jung Woo-sung sendiri telah membuka mulut mengenai hal tersebut. Bahkan pelakon itu pernah menduduki tempat pertama bagi survey ‘selebriti yang semua mahu melihat dia berkahwin’.
Suatu ketika dahulu mereka semua tak bagi saya berkahwin tapi sekarang, semua dah lepaskan saya!
Apabila ditanya sama ada dia menyimpan hasrat untuk berkahwin, Jung Woo-sung tidak segan untuk mengakuinya.
Mestilah ada!
Bahkan pelakon popular itu mengupas dengan lebih lanjut mengenai wanita idamannya.
Semasa saya berusia 20-an, saya masih terperangkap dalam pemikiran sebagai seorang remaja kerana saya sukakan perempuan cantik pada ketika itu. Walaubagaimanapun, sekarang, saya sedar bahawa semua orang mempunyai tarikan tersendiri jadi saya tidak mempunyai wanita idaman yang spesifik buat masa ini.
Semoga Jung Woo-sung temui cinta sejati tak lama lagi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.