Ikuti Kami:

“Saya Suka Mereka” – Ji Changwook Pilih 4 Kumpulan Ini Sebagai Penyanyi K-Pop Kegemaran

“Saya Suka Mereka” – Ji Changwook Pilih 4 Kumpulan Ini Sebagai Penyanyi K-Pop Kegemaran

Agak-agaknya siapakah kumpulan K-Pop kegemaran Ji Chang-wook?

Baru-baru ini, Ji Chang-wook telah terlibat dengan temu bual bersama majalah Vogue Thailand, di mana pelakon itu berkongsi beberapa perkara kegemarannya.

Ketika ditanya tentang filem kegemarannya kini, pelakon lelaki itu menjawab,

Antara filem terbaru yang pernah saya tonton, ‘Babylon’ memang menyeronokkan. Saya sebenarnya sangat suka seni dan saya suka pelakon dalam cerita itu. Lakonannya sangat bagus. Saya suka mereka semua.

Kemudian, mengenai penyanyi K-Pop yang diminatinya, Ji Chang-wook berkongsi,

Artis K-Pop? Banyak. BTS, NewJeans, IVE, LE SSERAFIM. Itu banyak. Saya suka semua penyanyi ini.

Akhir sekali, pelakon “The K2” itu turut menjawab tentang perkara yang menyeronokkan sebagai seorang pelakon. Jelasnya,

Ia sibuk. Tetapi apabila saya berehat, saya mempunyai banyak masa lapang. Dan sebenarnya, berlakon itu menyeronokkan. Itulah yang paling saya suka.

Sementara itu, Ji Chang-wook akan bergandingan dengan Shin Hye-sun menerusi drama romantik “Welcome To Samdalri”, dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...