Ikuti Kami:

“Saya Suka Baju Berbulu”- Tiffany SNSD Kongsi Gaya Fesyen Diminatinya Kini

“Saya Suka Baju Berbulu”- Tiffany SNSD Kongsi Gaya Fesyen Diminatinya Kini

Nampaknya perubahan fesyen Tiffany SNSD tidak pernah mengecewakan.

Terbaru, salah seorang ahli dari kumpulan Girls’ Generation iaitu Tiffany telah muncul dalam satu video yang bertajuk ‘Ini sudah 15 tahun yang lalu? Garis masa fesyen Tiffany’ di saluran YouTube Harper’s BAZAAR Korea.

Dalam video tersebut, penyanyi itu sempat mendedahkan caranya berpakaian dan kisah di sebalik fesyennya ketika melakukan aktiviti bersama kumpulan Girls’ Generation.

Apabila dia sedang melihat gambarnya semasa mempromosikan album “Holiday”, Tiffany berkata,

Saya banyak mengeluarkan gaya saya sendiri, menjadikan warna rambut dan solek saya kelihatan cantik. Ianya bukan merah jambu, tetapi lavender. Disebabkan itulah, saya telah mengeluarkan banyak warna merah jambu sejak itu.

tiffany SNSD

Tambahnya lagi,

Sejak itulah, saya juga sering memakai pakaian bulu. Saya sangat menyukai pakaian yang berbulu sehingga saya menggayakan ahli yang lain dengan bulu semasa aktiviti Girls’ Generation-TTS.

Kemudian, Tiffany turut mendedahkan kisah di sebalik gambarnya ketika mempromosikan album “Forever 1” di mana dia memakai pakaian berbulu sekali lagi.

Kisah di sebalik tabir pakaian ini ialah saya hanya memakai pakaian yang ada. Saya cenderung percaya pada pakaian yang berbulu kerana pakaian itu mampu memberi kesan tiga dimensi yang hebat.

Macam mana pun Tiffany tetap ada citarasanya yang tersendiri dalam fesyen!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...