Ikuti Kami:

“Saya Simpan Seluar Pendek Taeyeon Dari 13 Tahun Lepas..” – Kim Soyeon

“Saya Simpan Seluar Pendek Taeyeon Dari 13 Tahun Lepas..” – Kim Soyeon

Baru-baru ini, pelakon utama “Tale of the Nine Tailed 1938” iaitu Lee Dong-wook, Kim So-yeon dan Kim Bum telah tampil sebagai tetamu dalam program “Amazing Saturday”.

Khususnya dalam siaran itu, Kim So-yeon ada berkongsi mengenai pertemuannya bersama Tae-yeon, salah seorang ahli tetap program tersebut, pada 13 tahun lepas. Kongsi pelakon wanita itu,

Saya pernah bertemu Tae-yeon sekali dalam rancangan ‘Win Win’ kira 13 tahun yang lalu. Saya terpaksa menari dan saya pakai skirt pendek ketika itu. Apa yang perlu saya lakukan? Memandangkan dia adalah ahli SNSD, saya bertanya Tae-yeon sekiranya dia mempunyai seluar pendek dan dia dengan rela hati meminjamkannya pada saya.

Sambung pelakon “The Penthouse” itu lagi,

Nasib baik, saya dapat merakam adegan tarian itu dengan baik. Saya berkata saya akan mencucinya dan menghantar semula padanya, tetapi Tae-yeon memberikannya kepada saya sebagai hadiah.

tvn amazing saturday

Tambah Kim So-yeon lagi dengan memberitahu bahawa dia masih menyimpan seluar pendek itu sehingga ke hari ini,

Saya mencuci ia dengan elok dan pakai apabila sesuatu yang penting berlaku. Ia mempunyai tenaga yang baik dan saya sangat bergantung padanya kerana ia mempunyai tenaga yang begitu baik.

Fuh, lama betul Kim So-yeon simpan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...