Utama Drama Korea “Saya Sentiasa Sokong Awak” – Song Hyekyo Hantar Trak Makanan Ke Set...

“Saya Sentiasa Sokong Awak” – Song Hyekyo Hantar Trak Makanan Ke Set Drama Han Sohee

song hyekyo han sohee

Bakal berlakon bersama, persahabatan antara Song Hye-kyo dan Han So-hee nampaknya semakin rapat kini.

Terbaru pada 10 Mei, Han So-hee telah memuat naik beberapa foto di laman Instagram, di mana pelakon itu dilihat sedang bergambar di hadapan trak kopi yang dihantar oleh Song Hye-kyo ke set penggambaran “Gyeongseong Creature”.

Han So-hee juga turut meluahkan rasa terujanya dengan menulis kapsyen,

Kakak!!!!!!!!!!!!

Balas Song Hye-kyo,

Sentiasa ceria ketika lakukan penggambaran ❤️

Selain itu, di sepanduk trak kopi tersebut ada tertulis,

Saya sentiasa menyokong pelakon Han So-hee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Kemudian di sepanduk yang lain, Song Hye-kyo meninggalkan mesej sokongan,

Pelakon Han So-hee

Pelakon Gyeongseong Creature dan kakitangan, sila nikmati makanannya!!

Sementara itu, Han So-hee dan Song Hye-kyo akan terajui drama “The Price Of Confession”, yang membawa kisah berdarah antara dua wanita yang terlibat dengan satu kes pembunuhan.

Makin tak sabar nak tengok mereka berlakon bersama!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar News
Loading...