Ikuti Kami:

“Saya Sentiasa Fikir Komen Penonton..” – Lakonan Adakala Terima Kritikan, Ini Respon Song Kang

“Saya Sentiasa Fikir Komen Penonton..” – Lakonan Adakala Terima Kritikan, Ini Respon Song Kang

Baru-baru ini, Song Kang telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah @star1!

Bagi yang belum tahu, drama terbaru Song Kang “Forecasting Love and Weather” baru sahaja tamat, dan dia telah berjaya mencuri hati penonton dengan wataknya sebagai Lee Si-woo, iaitu seorang yang romantis.

Mengimbas kembali pengalamannya menjalani penggambaran drama itu, pelakon itu berkongsi bahawa dia berasa yakin dengan ‘chemistry’nya dengan pelakon bersama Park Min-young sejak awal lagi. Menurutnya,

Dari kali pertama kami bertemu, saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa kami akan mempunyai ‘chemistry’ yang hebat.

song kang dan park minyoung

Tambah Song Kang,

Saya belajar banyak daripadanya. Selain ‘chemistry’ saya dengan pelakon bersama, saya meluangkan banyak masa untuk bimbang tentang jenis gerak isyarat yang boleh saya lakukan agar emosi watak saya dapat disampaikan dengan lebih baik kepada penonton.

Kemudian, Song Kang juga turut berkongsi tentang bagaimana dia bertindak balas terhadap kritikan sesetengah penonton terhadap lakonannya. Jelasnya,

Semua ulasan kekal dalam ingatan saya dan menjadi asas untuk saya membina diri saya. Apabila saya melihat maklum balas, ia membuatkan saya melihat diri saya dengan lebih objektif. Saya sentiasa memikirkan maklum balas yang saya terima, dan saya cuba mengubahnya menjadi nutrien untuk membantu saya membesar.

song kang

Lakonan Song Kang dah makin bertambah baik, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...