Ikuti Kami:

“Saya Selalu Rasa Hebat Tapi Kini Saya Berasa Semakin Kecil..” – Ramai Risau Dengar Luahan Gu Hyesun

“Saya Selalu Rasa Hebat Tapi Kini Saya Berasa Semakin Kecil..” – Ramai Risau Dengar Luahan Gu Hyesun

Kini kembali aktif dalam dunia seni, ramai yang menganggap bahawa Gu Hye-sun sudah pun membuka lembaran hidup baru selepas penceraiannya dengan Ahn Jae-hyun.

Dalam rancangan “Point Of Omniscient Interfere” yang ditayangkan baru-baru ini, ia telah membawa penonton di sebalik tabir persediaan untuk pameran lukisan Gu Hye-sun.

Semasa menyiapkan untuk pembukaan pameran itu, Gu Hye-sun meluahkan,

Nak pergi semak pun saya sudah berasa risau, nampak seperti pameran ini tidak disediakan dengan baik. Saya tak berpuas hati dengan banyak perkara sejak kebelakangan ini. Sama tunjukkan sesuatu yang banyak lagi kepada orang tapi saya juga tak mahu orang datang ke pameran ini.

gu hyesun Dalam satu babak lain,

Saya rasa ia sepatutnya dijadikan sebagai pameran video. Mungkin saya dah buat percaturan yang salah. Selalunya saya sangat cintai diri sendiri tetapi tak tahu kenapa saya asyik tak berasa puas hati kini.

Saya suka berasa hebat tapi kebelakangan ini, saya berasa semakin kecil dan kecil.

gu hyesun

Mendengarkan luahan perasaan Gu Hye-sun itu, kebanyakan peminatnya meluahkan rasa risau dengan keadaan pelakon tersebut. Bahkan ada antara mereka yang turut meminta agar agensi naungannya memerhatikan wanita itu dengan lebih baik.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...