Ikuti Kami:

“Saya Sedang Berusaha..” – Ahn Jaehyun Sedar Lakonan Dikritik

“Saya Sedang Berusaha..” – Ahn Jaehyun Sedar Lakonan Dikritik

Selepas 3 tahun, akhirnya Ahn Jae-hyun kembali ke kaca televisyen menerusi drama mingguan KBS “The Real Has Come”.

Dalam drama 50 episod berkenaan, lelaki itu membawa watak Gong Tae-kyung iaitu seorang doktor Obstetrik & Ginekologi yang mengikat perkahwinan kontrak dengan seorang wanita yang sedang mengandung bagi melarikan diri dari wanita pilihan keluarganya.

Menerusi temubual bersama majalah Esquire, Ahn Jae-hyun berkongsi lebih mengenai perasaan kembali berlakon dalam drama,

Saya berterima kasih dan tersentuh. Saya berasa sangat bahagia hingga tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.

ahn jaehyun

Ulas lelaki itu pula mengenai lakonannya,

Tapi apabila terlalu gembira, saya juga mula berasa terbeban. Saya asyik terfikir untuk melakukan yang terbaik. Saya cuba berlakon dengan selesa, namun saya terlalu ‘keras’ sekarang. Saya sedang berusaha untuk kelihatan lebih semula jadi.

Good luck Ahn Jae-hyun!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...