Utama Celebrity News “Saya Sangat Terkejut!”- Yoo Jaesuk Nafi Dia Dalang Disebalik Tuduhan Gangguan Seksual

“Saya Sangat Terkejut!”- Yoo Jaesuk Nafi Dia Dalang Disebalik Tuduhan Gangguan Seksual

yoo jaesuk nafi dalang disebalik tuduhan gangguan seksual

Mengejutkan apabila baru-baru ini seorang wanita bekas pekerja rangkaian hiburan dewasa mendedahkan bahawa dia pernah menerima gangguan seksual daripada seorang selebriti yang muncul dalam rancangan “Infinite Challenge”.

Pendedahan itu dilakukan menerusi saluran Youtube Garo Sero Institute yang juga sebelum ini pernah membongkarkan kes gangguan seksual yang melibatkan penyanyi veteran Korea iaitu Kim Gunmo. Wartawan Kim Yongho yang juga salah seorang hos bagi rancangan Youtube itu menjelaskan, “Selebriti itu adalah sangat popular dan terkenal kerana sentiasa berada pada landasan yang betul selain patuh. Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Kim Gunmo.”

kim gunmo

Selepas tayangan episod itu, kebanyakan netizen mula menggali identiti sebenar selebriti itu berdasarkan klu bahawa dia pernah memunculkan diri dalam “Infinite Challenge”. Disebabkan spekulasi ini, frasa seperti ‘Infinite Challenge’ dan ‘Yoo Jaesuk’ mula menjadi carian teratas dalam beberapa portal berita.

Pun begitu, menerusi sidang media untuk konsert trot pertama Yoo San Seul (Yoo Jaesuk). pengacara nombor 1 Korea itu telah menafikan khabar angin mengarut tersebut. “Nama saya telah naik di ranking carian semasa dan ramai yang menyoal sama ada saya adalah selebriti tersebut. Saya sangat terkejut. Sudah tentu ia bukan saya dan menceritakan tentang hal ini boleh menyebabkan banyak salah faham. Disebabkan saya berada di sini, saya akan bercakap mengenainya. Saya selalu bercakap tentang ini tetapi saya melakukannya agar tiada lagi orang bersalah yang jadi mangsa.”

yoo jaesuk nafi dalang disebalik tuduhan gangguan seksual Jangan main serkap jarang sahaja, dahlah tuduhan ini berat. Kesian orang tak bersalah jadi mangsa!

Sumber: Soompi

Loading...