Ikuti Kami:

“Saya Sakit Hati” – Sering Terpalit Gosip Liar, Song Hyekyo Beri Jawapan Jujur

“Saya Sakit Hati” – Sering Terpalit Gosip Liar, Song Hyekyo Beri Jawapan Jujur

Penat kalau jadi selebriti Korea kerana perlu menghadap pelbagai khabar angin yang tidak dijangka dan kadang kala mengarut.

Dalam rancangan “You Quiz On The Block”, Song Hye-kyo telah menjadi tetamu dan bercerita lebih mengenai kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Malah wanita itu turut bersuara mengenai pelbagai khabar angin yang berterbangan mengenai dirinya. Dia berkata,

Setelah bekerja untuk tempoh yang lama, saya tidak begitu menyedarinya, tetapi bila mendengar daripada sana dan, rupa-rupanya banyak khabar angin yang tersebar.

song hyekyo

Dia menambah,

Kadang-kadang, apabila saya menghadiri temuramah atau bertemu dengan orang yang tidak begitu mengenali saya, mereka akan bertanya tentang khabar angin tersebut. Saya akan menjawab, ‘Saya pun hanya dengar cerita itu. Lebih baik kamu pergi tanya orang yang mencipta khabar angin itu. Saya pun tidak tahu, jadi bagaimana saya patut menjawabnya.’

Katanya, dia sudah selalu sangat menerima kritikan sehingga sudah tidak berasa apa-apa kini. Wanita itu itu tidak kisah dengan kata-kata nista namun mengakui terasa hati apabila mereka mengheret sekali nama keluarganya. Ini menunjukkan sikap Song Hye-kyo yang lebih matang dan tenang berbanding ketika dia mula-mula debut.

Bukan senang kan jadi selebriti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...