Ikuti Kami:

“Saya Risau Bila Umur Cecah 30 Tahun..” – RM BTS Dedah Realiti Pahit Jadi Idola K-Pop

“Saya Risau Bila Umur Cecah 30 Tahun..” – RM BTS Dedah Realiti Pahit Jadi Idola K-Pop

Baru-baru ini, ketua kumpulan BTS iaitu RM telah muncul dalam siaran podcast ‘Intersections: The Art Basel’.

Ketika sedang seronok berborak tentang pelbagai topik bersama dengan pengacara, RM turut berkongsi tentang satu realiti pahit dalam industri K-Pop.

Bagi peminat K-Pop, pasti ramai yang mengetahui tentang ahli kumpulan generasi ke-4 seperti IVE, CLASS:y atau ENHYPEN yang debut pada umur yang sangat muda. Ini merupakan prejudis terhadap mereka yang ingin mewujudkan impian untuk jadi idola K-Pop pada usia yang lebih tua, atau untuk idola yang semakin meningkat usia dalam industri.

bts rm

Sebagai salah seorang artis Korea yang sering berkongsi pandangan jujurnya, RM turut melontarkan pendapatnya sendiri tentang isu itu dan bagaimana ia memberi kesan pada dirinya sebagai seorang idola.

Umur saya 29 di Korea. Jadi, apabila kita mencecah 30 tahun, ia adalah perkara yang berbeza. Saya masih muda, hanya seorang lelaki muda. Dalam dunia kumpulan lelaki, usia 30 tahun adalah sesuatu yang berbeza dalam K-Pop.

RM kemudiannya menjelaskan bahawa idea penuaan dalam industri K-Pop adalah fakta yang menyedihkan dan merupakan sesuatu yang memberi kesan kepadanya. Khususnya, ia telah membuatkan dia tertanya-tanya tentang masa depan dan sama ada, mengikut piawaian K-Pop atau dia sudah pun mencapai kemuncaknya. Jelasnya,

Itu benar-benar menyedihkan, tetapi ia adalah fakta. Saya rasa, ‘Baiklah, adakah ini masa utama saya? Adakah ini kemuncak sepanjang hidup saya kerana saya berusia 29 tahun? Itu benar-benar menyedihkan jika ia adalah masa utama saya.

suju snsd

Walaupun idola kini semakin muda namun, kumpulan seperti GIRLS’ GENERATION, SUPER JUNIOR dan penyanyi PSY yang sudah berada dalam industri hiburan lebih 15 tahun, telah membuktikan bahawa umur bukanlah sempadan dalam hal bakat.

Korang teruskan setia sokong RM tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...