Haa mesti ramai yang dah teruja ingin tonton Lee Je-hoon dalam musim kedua “Taxi Driver”, kan?
Baru-baru ini, Lee Je-hoon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Allure Korea.
Menerusi video yang dikeluarkan Allure Korea, Lee Je-hoon menjawab beberapa soalan dari peminat. Khususnya ada soalan yang berbunyi,
Walaupun dalam keadaan yang sihat, pernahkah awak merasa tua?
Lee Je-hoon yang sudah pun mencecah usia 38 tahun kini, menjawab soalan tersebut,
Sebenarnya secara fizikal, saya masih rasa baik. Tetapi, saya mula berasa tua apabila saya melihat cermin dan nampak ada rambut saya yang beruban.
Tambahnya lagi sambil ketawa,
Pada masa itu, saya menyedari bahawa saya semakin tua.
Dalam pada itu, musim kedua “Taxi Driver” akan mula ditayangkan pada 17 Februari ini.
Jangan lupa tonton!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉