Hampir mencecah usia 50 tahun, Kim Jong-kook pastinya tidak boleh lari dari soalan tentang perkahwinan.
Terbaru, Kim Jong-kook telah muncul sebagai tetamu dalam program yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok iaitu “Whenever Possible”.
Ketika sedang berborak, Kim Jong-kook juga sempat meluahkan pendapatnya tentang perkahwinan. Katanya,
Saya rasa ok apabila saya bersendirian tetapi saya mula merasakan tekanannya apabila saya berada di sekeliling rakan-rakan saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Soal Cha Tae-hyun,
Awak akan ok. Takkan awak nak kahwin dengan orang yang tak pernah kahwin saja kan?
Balas Kim Jong-kook,
Mungkin. Saya tidak mengehadkan kemungkinan. Saya mahu orang yang bersama saya menghormati perkara yang menggembirakan saya. Saya tahu bahawa pengorbanan tidak dapat dielakkan apabila awak berkahwin dengan seseorang tetapi ada satu perkara yang saya tidak boleh lepaskan iaitu senaman saya.
Semoga ada jodoh yang baik buat Kim Jong-kook!