Ikuti Kami:

“Saya Rasa Terbeban..” – Pengarah ‘Squid Game’ Kongsi Perkembangan Musim Kedua

“Saya Rasa Terbeban..” – Pengarah ‘Squid Game’ Kongsi Perkembangan Musim Kedua

Rasanya sudah beberapa kali kemungkinan mengenai musim kedua “Squid Game” disebut pihak produksi dan juga Netflix sendiri.

Terbaru, pengarah Hwang Dong-hyuk sekali lagi menyebut mengenai sambungan siri berkenaan di karpet merah ‘2022 Critics Choice Awards’.

Katanya,

Saya sedang bekerja untuknya, masih belum menulisnya lagi tapi semuanya sudah ada di dalam kepala saya. Semuanya adalah rahsia dan saya tak boleh bercakap apa-apa buat masa ini.

Tambahnya mengenai watak Sung Ki-hoon (Lee Jung-jae),

Dia akan kembali dan melakukan sesuatu buat dunia.

Hwang Dong-hyuk juga mengakui bahawa musim pertama siri itu merupakan yang terbaik dalam sejarah Netflix,

Meskipun ia memberikan tekanan yang hebat buat saya, namun saya akan lakukan yang terbaik untuk memuaskan hati penonton yang menantikan musim kedua.

Dalam pada itu, Lee Jung-jae telah memenangi ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ manakala “Squid Game” dinobat sebagai ‘Siri Bahasa Asing Terbaik’ di majlis berkenaan.

lee jungjae critics choice awards

Untuk pengetahuan, “Squid Game” yang ditayangkan pada September lalu itu membawa kisah permainan kelangsungan hidup melibatkan 456 peserta yang menaruhkan nyawa mereka untuk memenangi hadiah wang sebanyak 45.6 bilion won.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...