Ikuti Kami:

“Saya Peminat Awak”- Netizen Teruja Lihat Interaksi Jun Jihyun & Son Heungmin Di Acara Fesyen

“Saya Peminat Awak”- Netizen Teruja Lihat Interaksi Jun Jihyun & Son Heungmin Di Acara Fesyen

Nampaknya, Jun Ji-hyun telah melakukan aktiviti pertamanya setelah sekian lama dengan menghadiri pertunjukan fesyen.

Baru-baru ini, pelakon Jun Ji-hyun telah tampil di sebuah pertunjukan fesyen di London, yang turut dihadiri pemain bola sepak Son Heung-min.

Dalam video yang dikeluarkan oleh W Korea di Instagram, Jun Ji-hyun dan Son Heung-min dilihat berpakaian serba mewah. Kehadiran mereka berdua telah menarik perhatian para media yang hadir ke acara tersebut.

Selepas mereka selesai mengambil gambar bersama, pelakon itu memandang Son Heung-min dan berkata,

Terima kasih atas tandatangan anda.

jun jihyun dan Son heungmin

Kemudian, pemain bola sepak kebangsaan Korea itu menunjukkan senyuman malu dan berkata,

Oh, tidak. Sudah tentu saya perlu menandatanganinya untuk awak.

Jun Ji-hyun memberi respon,

Saya peminat tegar awak.

Akhirnya, pemain bola sepak Son Heung-min menyatakan rasa terima kasih kepada Jun Ji Hyun dengan menundukkan kepalanya. Dia rasa sangat terkejut sehingga dia menutup mulutnya untuk seketika.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by W Korea (@wkorea)

Selepas video itu dikongsi, netizen telah meninggalkan komen yang positif. Antaranya,

Gabungan yang sukar dilihat.

 

Kedua-duanya kelihatan sangat hebat.

 

Melihat Son Heung-min dan Jun Ji-hyun dalam video yang sama sungguh WOW…

Untunglah…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...