Ikuti Kami:

“Saya Natural” – Nampak Teratur, Jisoo BP Perjelas Dakwaan Buat Prosedur Gigi

“Saya Natural” – Nampak Teratur, Jisoo BP Perjelas Dakwaan Buat Prosedur Gigi

Tak perlu disangkal, Jisoo BLACKPINK sememangnya cantik sejak azali.

Dalam episod istimewa saluran YouTube ‘Although Nothing Much Is Prepared’, mereka telah memuat naik klip yang tak pernah disiarkan sebelum ini termasuklah semasa Jisoo hadir sebagai tetamu.

Menerusi klip tersebut, Lee Young-ji bertanya jika idola itu mahukan ais krim. Jawabnya berhati-hati,

Mungkin agak pelik sekiranya saya berkata sebegini tapi ais krim terlalu sejuk buat saya.

jisoo blackpink

Tanya hos itu,

Awak ada buat implan ke? Ada masalah gigi?

Balas Jisoo bagi mengelakkan salah faham,

Tak, ini ialah gigi saya.

Berkemungkinan besar prosedur yang dimaksudkan mereka berdua ialah prosedur ‘laminate’ di mana ianya membantu membuatkan gigi depan kelihatan putih dan sekata. Rata-rata selebriti Korea biasa melalui prosedur kecantikan ini di mana porselin dilekatkan dengan pelekat resin pada sebahagian gigi yang dicabut.

jisoo teeth

Sepertinya dakwaan ini timbul kerana gigi Jisoo yang kelihatan teratur dan putih. Lee Young-ji juga tidak segan meminta untuk menyentuhnya selain turut dikagumi pihak produksi,

Malah giginya juga cantik.

Cantik sejak lahir tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...