Ikuti Kami:

“Saya Minta Petua..” – Park Seojoon Kongsi Terima Nasihat Dari Ma Dongseok Untuk ‘The Marvels’

“Saya Minta Petua..” – Park Seojoon Kongsi Terima Nasihat Dari Ma Dongseok Untuk ‘The Marvels’

Nampaknya, Park Seo-joon akan menemui penonton dengan pelbagai projek pada tahun ini.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah terlibat dengan satu temu bual dalam talian, di mana dia ada bercakap tentang filemnya “Dream” dan debutnya di Hollywood menerusi “The Marvels”.

Untuk pengetahuan, dalam filem “The Marvels”, Park Seo-joon akan memegang watak sebagai Putera Yan, suami kepada Kapten Marvel (Carol Danvers), iaitu watak yang dihidupkan oleh Brie Larson. Tambahan, wataknya juga adalah ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu diminta untuk memberi sedikit ‘spoiler’ untuk filem tersebut namun, dia tidak berkata apa-apa kerana belum tiba masanya.

park seojoon

Bagaimanapun, Park Seo-joon ada berkongsi bahawa dia menerima nasihat dari Ma Dong-seok memandangkan pelakon lelaki itu juga pernah muncul dalam filem Marvel “Eternals” sebelum ini. Menurutnya,

Sebagai seorang yang cenderung bimbang, saya meminta Ma Dong-seok petua tentang bagaimana proses penggambaran di tapak.

Tambahnya lagi,

Tahap profesionalisme di set dan kemudahan yang disediakan, seperti treler untuk menunggu di antara penggambaran dan hidangan berasingan yang diberikan, mengagumkan saya.

Sementara itu, “The Marvels” bakal menemui penonton di pawagam pada 10 November ini.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...