Ikuti Kami:

“Saya Minta Maaf..” – Lai Kuanlin WANNA ONE Diselar Lepas ‘Ditangkap’ Merokok & Meludah Di Tempat Awam

“Saya Minta Maaf..” – Lai Kuanlin WANNA ONE Diselar Lepas ‘Ditangkap’ Merokok & Meludah Di Tempat Awam

Idola K-Pop biasanya sering diperhatikan umum oleh orang ramai, sekiranya silap sedikit pun sudah pasti akan diselar sehingga beberapa tahun lamanya.

Terbaru, Lai Kuanlin yang popular menerusi program survival idol “Produce 101” sehingga berjaya debut dalam kumpulan popular Wanna One telah dikritik ramai kerana perbuatan tidak sensitifnya di tempat awam.

Selepas Wanna One dibubarkan, lelaki itu lebih aktif di China sebagai seorang pelakon. Baru-baru ini, foto Lai Kuanlin yang dilihat menghisap rokok dan meludah di tempat awam telah tersebar di seluruh laman Weibo iaitu platform media sosial yang popular di China.

lai kuanlin wanna one

Terus menerima kritikan ramai, akhirnya Lai Kuanlin mengakui perbuatannya itu dan memohon maaf secara rasmi di akaun Weibo rasminya,

Saya mohon maaf. Sebagai figura awam, saya menunjukkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Saya akan mengambil kritikan ramai ini sebagai peringatan. Saya akan pastikan tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan.

Pendapat anda mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...