Utama Rancangan Hiburan “Saya Menyesal Sangat..” – Kenapa Kwanghee Minta Maaf Pada Jung Haein?

“Saya Menyesal Sangat..” – Kenapa Kwanghee Minta Maaf Pada Jung Haein?

kwanghee jung haein

Baru-baru ini, Kwang-hee telah meminta maaf kepada Jung Hae-in tapi atas sebab apa?

Pada 16 September, Kwang-hee telah menulis permohonan maaf kepada Jung Hae-in di laman Instagramnya dengan menjelaskan,

Hello Jung Hae-in nim. Saya Kwang-hee, kawan Si-wan. Selamat berkenalan! Ia agak rawak untik mengatakan ini. Saya teruja semasa Si-wan bercakap tentang perjalannya dengan awak di program ‘Pinggyego’ jadi apabila dia berkata ‘Saya pergi melancong dengan Jung Hae-in’, saya secara tidak sengaja merujuk kepada awak, seseorang yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini sebagai ‘Jung Hae-in’ (tanpa pernghormatan).

Sambungnya lagi,

Saya berasa sangat menyesal kerana tidak menambah ‘-nim’ di belakang nama awak sepanjang video itu. Jadi, saya di sini untuk bertanya khabar dan meluahkan isi hati saya. Itu sahaja yang saya ingin katakan dan selamat menjalani hari yang bagus~

kwanghee jung haein

Balas Jung Hae-in kepada luahan Kwang-hee itu,

Hello! Aigoo..Umur kita sama, jadi saya dengar Si-wan banyak cakap pasal awak~ Jom jumpa bila jadual kita sama dengan Si-wan!

Alahai sopan je tau Kwang-hee.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMBN
Loading...