Ikuti Kami:

“Saya Menangis & Lapar”- Lee Sungmin Kongsi Kisah Hidupnya Sebelum Jadi Popular

“Saya Menangis & Lapar”- Lee Sungmin Kongsi Kisah Hidupnya Sebelum Jadi Popular

Korang pernah tahu tak tentang kisah hidup Lee Sung-min?

Baru-baru ini, program hiburan tvN “You Quiz on the Block” telah mengeluarkan video pratonton yang menampilkan Lee Sung-min sebagai tetamu pada minggu hadapan.

Dalam program tersebut, Lee Sung-min ditanya oleh Yoo Jae-suk tentang kehidupannya sebelum menjadi popular.

lee sungmin your quiz on the block

Pada awalnya, Yoo Jae-suk berkata,

Saya dengar awak bekerja dalam sekumpulan pelakon teater lebih dari 10 tahun dan awak pernah menangis disebabkan terlalu lapar.

Mendengar kenyataan itu, Lee Sung-min menjawab,

Saya berasa sedih dan menangis dek kerana lapar. Saya masih teringat ketika membawa anak saya yang teringin makan daging di sebuah restoran Grilled Thin Pork Belly. Saya rasa bersalah.

Sementara itu, Lee Sung-min sedang menjalani penggambaran filem “The Devil’s Deal” dan bakal ditayangkan nanti.

Sedihnya dapat tahu kisah Lee Sung-min dulu-dulu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...