Utama Rancangan Hiburan “Saya Menangis”- Byul Dedah Kelahiran Anak Ketiga Tidak Dirancang

“Saya Menangis”- Byul Dedah Kelahiran Anak Ketiga Tidak Dirancang

Byul haha

Nampaknya bila mengandung, macam-macam emosi yang dilalui oleh Byul.

Baru-baru ini, Byul telah muncul sebagai tetamu dalam sebuah rancangan Park Min-su bertajuk “Minsun Impossible: They Talked About All The Star” yang ditayangkan di saluran YouTube.

Dalam rancangan itu, Byul menceritakan perjalanannya sebelum melahirkan anak ketiganya, Ha Song. Penyanyi itu berkata,

Saya sudah mempunyai dua anak, tetapi saya sebenarnya tidak memikirkan tentang anak ketiga lagi. Jadi, selepas mengeluarkan album dan tamat mempromosikan lagu, anak ketiga dilahirkan.

Park Min-su membalas,

Selalunya, anak ketiga ini berlaku tanpa dirancang. Adakah awak tidak kecewa apabila mendapat tahu awak hamil lagi?

byul haha

Respon Byul,

Kalau Song dengar, mungkin dia akan terasa tapi semasa saya menangis apabila mengetahui saya mengandungkan dia.

Kemudian, Byul pernah memberitahu kepada suaminya Haha,

Saya ingin melahirkan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kini, ianya menjadi kenyataan.

Takpe la Byul, orang kata rezeki anak kan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNate
Loading...