Bagi siapa yang sudah lama menonton K-Drama pasti tahu bahawa Lee Jong-suk sering membawa watak sebagai pelajar sekolah pada satu ketika dahulu.
Terbaru, Lee Jong-suk telah mengadakan acara perjumpaan bersama peminat “Dear. My With in Jakarta”, di mana pelakon itu membuat persembahan, bermain permainan dan berborak bersama peminat.
Ketika sesi soal jawab, ada seorang peminat menyatakan bahawa dia ingin melihat pelakon itu membawa watak pelajar sekolah. Mengenai ini, Lee Jong-suk mendedahkan,
Saya rasa saya dah tak boleh bawa watak pelajar sekolah. Memang dah tak boleh. Sekarang saya dah malu jadi tak boleh.
Respon MC acara itu,
Rambut awak boleh bawa ke depan sahaja, terus nampak seperti pelajar sekolah.

Kredit foto: mykoreandramaid
Jawab pelakon “Big Mouth” itu kembali,
Sebenarnya, sebelum saya memulakan acara ini tadi, saya minta penggaya untuk siapkan rambut saya dengan cantik supaya lebih kelihatan muda. Jadi, saya biarkan rambut saya turun seperti ini. Tapi, watak pelajar sekolah memang saya rasa dah tak boleh.
Lee Jong-suk masih nampak muda la!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉