Ikuti Kami:

“Saya Mahu Kembali Hidup” – Wi Hajoon Kongsi Harapan Buat Musim Kedua ‘Squid Game’

“Saya Mahu Kembali Hidup” – Wi Hajoon Kongsi Harapan Buat Musim Kedua ‘Squid Game’

Sudah 3 minggu ditayangkan, namun “Squid Game” kekal menjadi drama Korea yang terus menjadi sebutan ramai kini.

Meskipun nampak ‘simple’ kerana membawa permainan kanak-kanak namun ganjaran, ketamakan, kemanusiaan merupakan gabungan elemen yang membuatkan siri Netflix ini sebagai sesuatu yang unik dan disukai ramai.

Oleh kerana persoalan yang ditinggalkan pada penghujungnya, ramai yang mengharapkan agar “Squid Game” bakal disambung secepat mungkin.

Malah Wi Ha-joon yang membawa watak Hwang Jun-ho, seorang polis yang menyamar sebagai ‘Mask Man’ bagi mencari abangnya yang hilang turut berharap agar akan ada musim kedua nanti.

wi hajoon squid game

Ditembak oleh abangnya sendiri, ‘Front Man’ pada akhirnya dan terjatuh ke dalam gaung besar, Wi Ha-joon mengharapkan pengakhiran yang bahagia buat wataknya,

Saya berharap agar musim kedua akan dihasilkan, Jun-ho kembali hidup dan cerita abangnya dapat diselesaikan dengan baik. Saya mahukan Jun-ho hidup tapi ianya tak boleh dijangka. Hanya pengarah yang mengetahui mengenainya. Saya mahu hidup dan muncul dalam musim kedua.

Perasaan Wi Ha-joon sama betul dengan penonton kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...