Selepas meraih populariti seluruh dunia menerusi “Squid Game”, pasti ramai yang menantikan nakshah lakonan Jung Ho-yeon yang seterusnya.
Pada 12 September, pengarah “Squid Game” Hwang Dong-hyuk bersama pelakon Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Oh Young-soo dan Jung Ho-yeon telah menghadiri Anugerah Emmy ke-74 di Los Angeles.
Selepas selesai majlis anugerah, mereka terlibat dalam satu temu bual bagi mengulas tentang pencapaian “Squid Game” di Anugerah Emmy pada tahun ini. Jung Ho-yeon berkata,
Saya telah mencipta banyak kenangan indah selama setahun sejak saya menyertai ‘Squid Game’. Pengarah Hwang Dong-hyuk dan Lee Jung-jae membawa pulang anugerah Emmy, jadi saya sangat gembira dan saya rasa ia adalah satu kenangan yang menakjubkan.
Kemudian, Jung Ho-yeon turut berkongsi rancangan masa depannya sebagai seorang pelakon dengan berkata,
Saya masih seorang yang masih baru dalam berlakon, jadi jika saya mempunyai peluang, saya mahu melakukan aktiviti di Korea dan di luar negara.
Dia menambah,
Saya telah bekerja keras dengan pengarah yang baik, senior, dan semua kakitangan melakukan perkara yang tidak pernah saya impikan. Itulah yang saya rasa gembira. Saya benar-benar berterima kasih kepada peminat yang telah memberikan saya banyak kasih sayang.
Korang nak tengok Jung Ho-yeon bawa watak apa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.