Ikuti Kami:

“Saya Lihat Banyak Sisi Baru Dia..” – Kim Hieora Akui Merupakan Peminat Song Hyekyo

“Saya Lihat Banyak Sisi Baru Dia..” – Kim Hieora Akui Merupakan Peminat Song Hyekyo

Bukan sahaja watak utama malahan, kesemua pelakon dalam “The Glory” telah mendapat perhatian penonton.

Begitu juga dengan Kim Hieora yang membawa watak sebagai Lee Sa-ra, iaitu seorang anak orang kaya yang ketagih dadah.

Baru-baru ini, Kim Hieora telah terlibat dengan satu temu bual khas di mana dia menjelaskan sedikit sebanyak mengenai wataknya dalam “The Glory”. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi babak pertama yang dirakamya untuk drama berkenaan,

Adegan dengan Dong-eun (Song Hye-kyo) di gereja dalam bahagian 1 adalah adegan pertama saya. Saya fikir, ‘Apa yang perlu saya buat?. Secara peribadi, saya peminat Song Hye-kyo, jadi saya pergi kepadanya dan berkata, ‘Saya peminat…’

Kongsi pelakon wanita itu dengan memuji Song Hye-kyo,

Saya terkejut kerana dia sangat cantik. Saya melihat banyak sisi baru Song Hye-kyo semasa penggambaran dengannya. Ada satu babak di mana Dong-eun memegang rambut Sa-ra, dan tangannya menggigil. Saya benar-benar fokus pada adegan itu.

netflix the glory

Jelas pelakon berumur 33 tahun itu lagi,

Ia tidak kelihatan seperti Song Hye-kyo, ia kelihatan seperti Moon Dong-eun. Ia adalah lumrah bagi Sa-ra untuk mencarut dan menggunakan kekerasan, tetapi cara tangannya menggigil sambil memegang rambut Sa-ra, itu benar-benar Moon Dong-eun. Itulah pengalaman saya ketika pertama kali melakukan penggambaran ‘The Glory’.

Memang mantap kan lakonan Kim Hieora?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...