Ikuti Kami:

“Saya Lebih Selesa Dengan Pelakon Sebaya Saya..” – Lee Jaewook

“Saya Lebih Selesa Dengan Pelakon Sebaya Saya..” – Lee Jaewook

Selepas “Alchemy of Souls”, pasti ramai yang menantikan drama lakonan Lee Jae-wook yang seterusnya, kan?

Baru-baru ini, Lee Jae-wook telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama media, di mana pelakon itu menjawab beberapa soalan.

Untuk pengetahuan, Lee Jae-wook debut sebagai pelakon pada 2018 menerusi drama “Memories of the Alhambra” sebagai watak sampingan dan mula memainkan watak utama dalam “Search: WWW” pada 2019. Kemudian, pelakon itu semakin dikenali ramai selepas muncul dalam drama adaptasi webtoon “Extraordinary You” sebagai Bae-kyung, yang mempunyai perasaan terhadap Dan-oh (Kim Hye-yoon).

Mengimbau kembali kenangan ketika itu, Lee Jae-wook berkata ketika sesi temu bual,

Saya masih bertemu rakan-rakan yang saya temui melalui drama itu kadang-kadang. Sudah tentu, saya lebih selesa untuk bersama pelakon sebaya saya.

lee jaewook

Sambung pelakon “Alchemy of Souls” itu lagi,

Saya mahu mencuba lebih banyak drama remaja sebelum menyertai khidmat tentera. Semasa penggambaran, saya rasa ingin kembali ke zaman itu. Terutamanya apabila saya datang ke sekolah untuk penggambaran.

Kemudian, apabila ditanya sama ada dia berasa tertekan kerana dapat memainkan watak utama begitu cepat selepas debut, Lee Jae-wook menjawab,

Saya rasa terbeban apabila menerima skrip. Ini kerana saya tahu saya perlu membawa sisi lain Lee Jae-wook dan menyelami watak naskhah itu. Saya tidak fikir saya berasa tertekan hanya kerana drama itu berjalan dengan baik. Penontonlah yang menilai sama ada karya itu baik atau buruk. Ia bukan sesuatu yang boleh saya kawal.

lee jaewook

Korang nak Lee Jae-wook berlakon drama genre apa pula lepas ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...