Ikuti Kami:

“Saya Lakukan Balet..” – Kang Sora Kongsi Petua Berjaya Turun 20KG Berat Badan

“Saya Lakukan Balet..” – Kang Sora Kongsi Petua Berjaya Turun 20KG Berat Badan

Baru-baru ini, pelakon Kang So-ra telah muncul dalam program radio SBS Power FM ‘Çhoi Hwajung’s Power Time’ sebagai tetamu istimewa.

Dalam siaran tersebut, Kang So-ra ditanya tentang rahsia serta petuanya untuk kekal cergas dan menurunkan berat badan.

Untuk pengetahuan, Kang So-ra telah mendapat banyak perhatian sebelum ini selepas mendedahkan bahawa dia kehilangan lebih 20KG berat badan melalui diet dan bersenam.

Pelakon itu menjawab,

Saya mempunyai sejarah hilang banyak berat badan pada masa lalu tetapi, tidak ada rahsia. Awak pada asasnya hanya perlu berlapar dan bersenam. Awak tidak boleh berfikir untuk menurunkan berat badan tapi awak makan tiga kali sehari. Itu tidak realistik.

Tambah Kang So-ra lagi,

Saya makan makanan dengan lebih sedikit dan saya kelaparan pada hari berikutnya apabila saya makan berlebihan. Saya melakukan balet kini dan juga melakukan angkat berat serta yoga.

kang sora

Selain itu, pelakon tersebut juga turut berkata bahawa dia makan banyak ketika di sekolah dahulu dengan mengulas,

Saya makan banyak semasa di sekolah menengah. Saya akan sentiasa pergi ke kedai untuk mendapatkan makanan ringan semasa waktu rehat. Saya masih suka makan tetapi saya cuba mengekalkan bentuk badan saya jadi, saya tidak boleh makan pastri.

Bukan mudah nak ikut ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...