Ikuti Kami:

“Saya Jumpa Dia Tiap Masa” – Somi Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Giselle AESPA

“Saya Jumpa Dia Tiap Masa” – Somi Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Giselle AESPA

Baru-baru ini, ramai peminat yang terkejut apabila melihat So-mi dan Giselle AESPA kelihatan seperti teman rapat!

Semasa penampilan So-mi sebagai tetamu di program SBS “MMTG – Civilization Express”, Jeon So-mi menerangkan bagaimana dia mula berkawan dengan Giselle AESPA.

Pada episod “MMTG – Civilization Express” yang disiarkan pada 11 November, So-mi melakukan ‘carpool karaoke’ bersama MC program tersebut, Jaejae.

Selepas kedua mereka itu mendengar lagu hit So-mi iaitu “Dumb Dumb”, lagu seterusnya yang muncul ialah “Savage” oleh AESPA. Mendengarnya, So-mi berseru,

Kawan saya! Giselle saya, gadis saya!

MC Jaejae kemudian bertanya kepadanya bagaimana dia mula berkawan dengan ahli AESPA itu, dan So-mi menjawab,

Saya yang tegur dia dulu. Menggoda!

jeon somi & giselle aespaKedua-dua MC Jaejae dan So-mi kemudiannya nyanyi bersama lagu “Savage”, mempamerkan ‘chemistry’ hebat mereka. Jaejae kemudiannya sambung perbualan dengan bertanya bagaimana So-mi menghubungi Giselle. So-mi menjelaskan,

Giselle unnie berkata dalam banyak temu bual bahawa dia menyukai lagu saya. Saya tidak boleh membiarkannya begitu sahaja, dan sebenarnya, salah seorang penari yang bekerja dengan saya untuk ‘Dumb Dumb’, juga seorang guru tarian untuk AESPA. Jadi saya pergi kepadanya dan berkata, ‘Unnie, saya mahu berkawan dengan Giselle’, dan saya mendapat nombornya. Kami benar-benar berjumpa setiap masa sekarang, seperti setiap beberapa hari? Saya melihatnya semalam, dan saya akan pergi berjumpa dengannya hari ini selepas ini.

Comelnya persahabatan mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...