G-Dragon baru-baru ini bercakap tentang perancangannya untuk berkahwin buat kali pertama sejak terpalit dengan khabar angin percintaan.
Ahli kumpulan BIGBANG itu muncul sebagai tetamu dalam episod terbaharu rancangan ‘Halmyungso’, yang dihoskan oleh pelawak Park Myung-soo, dan berkongsi secara terbuka mengenai kerjaya serta kehidupan peribadinya.
Dalam perbualan mereka, pelawak itu secara berhati-hati bertanya sama ada G-Dragon kini mempunyai rancangan untuk berkahwin memandangkan usianya sudah mencecah 30-an. Rapper itu memberikan jawapan jujur, menyatakan bahawa dia memang pernah memikirkan tentang perkara itu,
Bukanlah saya tak pernah fikir. Saya memang pernah terfikir sekurang-kurangnya sekali. Tapi buat masa sekarang, ia bukan keutamaan utama.
Hos kemudian mula bercakap tentang majlis perkahwinan G-Dragon secara hipotesis, tertanya-tanya siapa yang akan menyanyikan lagu ucapan tahniah untuknya. G-Dragon membalas dengan berseloroh:
Saya tak pernah menyanyikan lagu tahniah di mana-mana majlis perkahwinan sebelum ini. Saya akan nyanyikan untuk diri sendiri.
Pandangan positif G-Dragon terhadap perkahwinan telah menarik perhatian ramai, terutamanya kerana kehidupan peribadinya menjadi tumpuan hangat tidak lama dahulu apabila khabar angin mengatakan dia sedang bercinta dengan seorang bekas idola yang kini bergelar pelakon tular di internet.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.