Ikuti Kami:

“Saya Ingat Awak” – Han Hyojoo, Lee Donghwi & Pelakon Lain Beri Ucapan Buat Mendiang Na Chul

“Saya Ingat Awak” – Han Hyojoo, Lee Donghwi & Pelakon Lain Beri Ucapan Buat Mendiang Na Chul

Nampaknya ramai rakan pelakon yang terkesan dengan pemergian pelakon Na Chul.

BACA: “Saya Akan Jaga Mereka” – Tinggalkan Isteri & Anak Lelaki, Keluarga Mendiang Na Chul Jadi Perhatian

Kelmarin, pelakon yang sering membawa watak sampingan iaitu Na Chul telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dek kesihatan yang kian merosot.

Selepas Kim Go-eun memberikan penghormatan buat mendiang, ramai lagi pelakon lain yang pernah bekerja dengannya turut meninggalkan ucapan khas.

na chul han hyojoo

Tulis Han Hyo-joo yang muncul bersama dalam “Happiness”,

Dia seorang pelakon dan manusia yang baik. Saya akan mengingati awak.

Kongsi Lee Dong-hwi pula,

Terbang tinggi hingga mencapai bintang dan beritaha apa warnanya di sana. Dengarlah lagi yang awak mahu dengarkan dan nyanyilah lagu yang awak mahu nyanyikan. Cukup untuk saya mendengarnya apabila menutup mata. Apabila awak mahu tertawa, ingatilah saya dan senyum. Kerana awak akan berada dalam setiap tawa saya. Buat adik Cheol yang membanggakan dan disayangi.

Kata pelakon Kim Yong-jae,

Hidup ini memang tak adil tapi saya berharap awak tenang di sana. Na Chul, seorang pelakon yang penuh keghairahan. Selamat di sana.

Berusia 36 tahun, mendiang pernah membintangi pelbagai drama seperti “The Good Wife”, “Weak Class Hero 1”, “Stranger 2”, “Vincenzo”, “Happiness”, “D.P.”, “Through The Darkness” dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pengebumian buat Na Chul disediakan di Bilik 5 di Dewan Pengebumian Hospital Universiti Soonchunhyang di Yongsan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...