Ikuti Kami:

“Saya Ikhlas”- Yoon Sohee Sertai Drama ‘My Heart Is Beating’ Bersama Taecyeon & Won Jian

“Saya Ikhlas”- Yoon Sohee Sertai Drama ‘My Heart Is Beating’ Bersama Taecyeon & Won Jian

Selain Taec-yeon 2PM dan Won Ji-an, pelakon Yoon So-hee juga akan sertai drama “My Heart Is Beating”.

Terkini, pelakon Yoon So-hee disahkan bakal membintangi drama berjudul “My Heart Is Beating” yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Sementara itu, drama ini mengisahkan tentang manusia separuh pontianak Seon Woo-hyul (Taec-yeon 2PM) yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, dan mula tinggal bersama Joo In-hae (Won Ji-an), seorang wanita yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan.

Yoon Sohee

Untuk maklumat korang, Yoon So-hee bakal memainkan watak Na Hae-won, seorang pelabur hartanah yang cantik dan menawan. Disebabkan itulah, dirinya dianggap sebagai cinta pertama Seon Woo-hyul.

Pada masa yang sama, Na Hae-won meragui tentang lelaki itu dan merancang untuk mendedahkan identiti Seon Woo-hyul yang sebenar dengan menggunakan kecantikannya.

yoon sohee

Yoon So-hee menyatakan bahawa,

Saya sangat teruja dan gembira untuk berlakon dalam drama ini selepas sekian lamanya. Terima kasih kerana memberi peluang buat saya untuk bekerja dengan orang yang hebat.

Luahnya lagi,

Saya akan melakukan kerja ini dengan ikhlas supaya ianya boleh menjadi drama yang menyeronokkan.

Ha, tak sabar rasanya nak tengok drama ni! Apa-apa pun, drama ini akan menemui korang pada tahun ini okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...