Ikuti Kami:

“Saya Harus Kerja Keras..” – Satu Agensi, TXT Dedah Rumah Ahli BTS Sangat Besar

“Saya Harus Kerja Keras..” – Satu Agensi, TXT Dedah Rumah Ahli BTS Sangat Besar

Baru-baru ini dalam siaran 3 Februari program radio “Park Myungsoo’s Radio Show”, kumpulan yang bernaung di bawah agensi BigHit Music iaitu TXT telah tampil sebagai tetamu.

Khususnya dalam episod tersebut, ketua kumpulan TXT iaitu Soo-bin berkongsi bahawa dia pergi ke rumah RM BTS, dan menerima nasihat daripadanya. Jelas idola itu,

Tahun lalu, saya ragu tentang diri saya sebagai penyanyi. Saya mempunyai kebimbangan tentang pelbagai perkara. Jadi, saya pergi berunding dengan senior saya iaitu RM dan dia memberi nasihat yang bagus.

Mendengar perkongsian itu, DJ radio Park Myung-soo bertanya kepadanya,

Adakah rumah RM besar?

Jawab Soo-bin,

Ia sangat besar. Ia benar-benar membuatkan saya berfikir ‘Saya juga harus bekerja dengan sangat keras’.

txt soobin taehyun

Tambahan, Tae-hyun juga turut memberitahu,

Saya pernah pergi ke rumah Suga. Ia sangat besar.

Wah, nak tengok juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...