Ikuti Kami:

“Saya Hanya Perlu Laluinya..” – RM Kongsi Pandangan Jujur Soal Latihan Tentera BTS 

“Saya Hanya Perlu Laluinya..” – RM Kongsi Pandangan Jujur Soal Latihan Tentera BTS 

Umum pasti mengetahui bahawa Jin adalah ahli BTS yang pertama akan menjalani latihan tentera.

Terbaru, ketua kumpulan BTS iaitu RM telah terlibat dengan temu bual bersama saluran Variety, susulan keluaran album solonya “Indigo”. Pada awal sesi temu bual, RM ditanya sama ada pendaftaran latihan tenteranya akan datang adalah sebab dia mengeluarkan album solo.

Jawab idola itu,

Apabila saya menyiapkan album ini, saya tidak tahu apa yang sebenarnya akan datang, seperti bila atau bagaimana jadi, saya cuba yang terbaik. Tetapi ianya bukan kerana perkhidmatan tentera saya. Ia kerana saya hampir tidak mempunyai masa untuk menumpukan perhatian kepada perkara peribadi saya sendiri, kerana BTS sangat sibuk selama sedekad.

bts rm

Meskipun belum ada tarikh tetap mengenai kemasukannya ke latihan tentera, RM turut berkongsi pandangannya mengenai aktiviti khidmat ketenteraan yang wajib bagi lelaki Korea Selatan, termasuklah BTS sendiri.

Tiada positif atau negatif mengenai perkara ini, kerana ia hanya perkhidmatan ketenteraan dan ia adalah undang-undang jadi, setiap lelaki perlu berkhidmat dalam perkhidmatan tentera. Saya rasa tiada titik penghakiman yang boleh saya katakan ia positif atau negatif.

Tambah RM lagi,

Ia hanya satu situasi yang perlu saya lalui. Jadi saya hanya tenang, dan saya bersedia untuk menjalani kehidupan yang perlu saya lalui.

Dalam pada itu, RM baru sahaja melancarkan album solonya berjudul “Indigo”, dengan lagu tajuk “Wild Flower” bekerjasama dengan Cho Youjeen.

Jom dengarkan di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...