Ikuti Kami:

“Saya & Haha Kahwin Tanpa Rasa Cinta” – Byul

“Saya & Haha Kahwin Tanpa Rasa Cinta” – Byul

Siapa sangka pasangan disayangi ramai iaitu Byul dan Haha menyimpan rahsia yang tak diketahui semua.

Bagi mempromosikan album terbarunya “Startrail”, Byul telah menghadiri rancangan “Show!terview with Sunmi”. Melihatkan foto ‘sweet’ Haha dan wanita itu, tanya Sunmi,

Adakah awak masih teruja melihat Haha?

haha byul

Jawab Byul tidak diduga,

Sebenarnya.. tiada benda seperti itu.. Tak pernah teruja pun sejak awal lagi. Jadi awak tak boleh kata ‘masih’.

Jelasnya lagi,

Saya tak kahwin kerana berasa teruja. Kami hanya berkahwin. Bukannya kami berkahwin kerana kami mencintai satu sama lain. Satu perkara membawa ke satu perkara, kami berkahwin dan kami menyayangi satu sama lain sekarang ini.

Sunmi nyata tidak mampu menyembunyikan wajah terkejutnya sebeleum menggelar wanita itu ‘pelik’ namun terus meminta maaf. Walau bagaimanapun, Byul hanya tertawa dan tidak merasakan apa-apa mengenainya.

haha byul

Dalam pada itu, Byul mengahwini Haha pada 2012 dan melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil dari perkahwinan itu.

Yang penting bahagia sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...