Baru melancarkan lagu solo, Jung-kook BTS pastinya sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti kini.
Baru-baru ini, Jung-kook telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, di mana penyanyi itu berborak bersama peminat tentang lagu solonya “Seven”.
Ketika sedang berborak, Jung-kook mendedahkan bahawa dia berada dalam keadaan yang kurang baik semasa persembahannya di GMA, New York. Dia berkata pada awalnya,
Tekak saya tidak dalam keadaan baik. Saya melakukan ujian dan mujurlah, ia bukan Covid-19.
Jelas ahli termuda BTS itu lagi,
Sebab itulah saya mempunyai parut dari suntikan IV dan juga mendapat suntikan pada punggung saya jadi jangan risau, saya rasa lebih baik dari semalam.
Kemudian, Jung-kook turut memberitahu bahawa dia agak berasa kesal dengan persembahan pertamanya untuk lagu “Seven”,
Ia bukanlah persembahan yang sempurna kerana ia adalah peringkat pertama saya dan saya agak kesal. Namun begitu, saya tetap melakukan yang terbaik. Tenaga dari penonton sangat mengagumkan dan saya menerima kekuatan daripadanya. Terima kasih kepada semua, saya dapat menyelesaikan persembahan pertama saya tanpa sebarang kesilapan atau kemalangan besar. Namun, saya masih agak menyesal.
Semoga Jung-kook sentiasa sihat!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉