Ikuti Kami:

“Saya Dah Gemuk”- Risau Dengan Penampilan Meskipun Baru Berusia 7 Tahun, Netizen Marah Ibu Bapa Sooah

“Saya Dah Gemuk”- Risau Dengan Penampilan Meskipun Baru Berusia 7 Tahun, Netizen Marah Ibu Bapa Sooah

Pasti semua ingat dengan keluarga pemain bola sepak Lee Dongguk yang pernah menceriakan rancangan “Superman Returns” tak lama dahulu. Meskipun menerima perhatian yang banyak daripada penonton, mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menarik diri daripada rancangan tersebut pada Oktober tahun lepas.

Walaubagaimanapun, kerana tidak mahu menyebabkan peminat bersedih, isteri Lee Dongguk telah mencipta saluran Youtube bagi berkongsi kehidupan lima beradik tersebut iaitu Jaesi, Jaeah, Seolah, Sooa dan Sian.

keluarga lee dongguk

Terbaru, Seolah dan Sooah telah memuat naik satu video yang melihatkan mereka bermain dengan alat solekan. Tak salah pun sekadar bermain tetapi kenyataan yang dilemparkan oleh Sooah di dalam video itu nyata membuatkan ramai netizen yang kesal.

Di dalam video itu, kanak-kanak itu asyik melepaskan lelah dan mengadu bahawa dia risau kerana dirinya semakin gemuk.

Saya risau kerana berat asyik bertambah tetapi terlalu banyak makanan yang sedap dalam dunia ini. Seolah sering melalui diet dan pergi bersenam. Disebabkan berat asyik naik, saya perlu bersolek.

Untuk hari ini, ibu saya dah beri kebenaran untuk bermain dengan solekan sepuas hati. Dulu saya cantik tetapi kenapa sekarang macam ini? Macam mana nak kurangkan berat badan? Seolah dan Sian pun suruh berdiet apabila melihat badan saya. Adakah saya gemuk sangat? Muka saya pun dah nampak gebu jadi sesuatu perlu dilakukan.

Rata-rata netizen yang mendengar luahan kanak-kanak yang berusia 7 tahun ini berasa sedih kerana dilema yang dihadapinya sekarang itu tidak sepatutnya menjadi masalah bagi kanak-kanak seusianya. Bukan itu sahaja, segelintir juga mempersoalkan kapsyen yang digunakan agak tidak sesuai dengan kanak-kanak, antaranya seperti “Seksi” dan “Yo-Yo (berat turun naik)”.

seolah dan sooah risaukan penampilan diri

Seolah turut menyatakan bahawa dia mahu bermain dengan alat solekan pada setiap hari tetapi ibunya tidak benarkan.

Orang dewasa hanya fikirkan kecantikan diri sendiri sahaja, saya mahu hidup setiap hari bersama alat solekan tapi ibu kata tak boleh.

Ibunya juga turut dikritik netizen kerana merasakan bahawa kandungan video tersebut adalah comel dan menghiburkan sekali gus memandang ringan dengan masalah tersebut. Kanak-kanak berusia sedemikian sepatutnya sibuk bermain dengan rakan-rakan dan bukannya risau rupa tak cantik atau pun berat naik.

Kalau sampai macam inilah, sejujurnya ini adalah masalah dalam masyarakat.

 

Lihatlah macam mana pun, ini berpunca daripada ibu bapa sendiri.

 

Kenapa huraikan kanak-kanak seperti itu. Seksi? Masalah yang sangat serius dan menjelekkan.

 

Berapa banyak kalilah ibu bapanya sebut mengenai kecantikan, tubuh badan sampaikan mereka pun mempunyai pemikiran seperti itu…

 

Alahai anak-anak… awak duduk diam pun dah nampak comel.

 

Sedihnya, kenapa kanak-kanak perlu risaukan mengenai solekan dan diet?

Setelah menerima kritikan ramai, video tersebut sudah pun dipadam daripada saluran “Keluarga Daebak” namun tiada maklum balas rasmi daripada keluarga Lee Dongguk mengenai hal ini.

Baru 7 tahun, tetapi dah risau tentang kecantikan. Kesiannya…

Sumber: EDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...