Ikuti Kami:

“Saya Dah Boleh Agak..” – ‘The Glory’ Terima Sambutan Hebat, Ini Reaksi Lim Jiyeon

“Saya Dah Boleh Agak..” – ‘The Glory’ Terima Sambutan Hebat, Ini Reaksi Lim Jiyeon

Baru-baru ini, pelakon Lim Ji-yeon dari “The Glory” telah terlibat dengan temu bual dan penggambaran bersama majalah Cosmopolitan.

Ketika sesi temu bual, Lim Ji-yeon berkongsi perasaannya tentang kejayaan besar “The Glory”,

Sebenarnya, saya seperti dah tahu bahawa drama itu akan berlajan lancar dari awal. Skripnya sangat menyeronokkan. Apa yang mengejutkan saya ialah, musim kedua belum dikeluarkan lagi tetapi reaksinya sudah hangat. Dalam bahagian 2, kisah menakjubkan yang sebenar akan didedahkan.

Sambung pelakon itu lagi,

Saya tidak mahu begitu seronok dengan kejayaan musim pertama. Kami telah menerima banyak cinta, tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku ketika bahagian 2.

lim jiyeon

Kemudian, ketika ditanya watak apa yang dia cuba ingin lakonkan pada masa hadapan, Lim Ji-yeon menjawab,

Saya mahu mencuba filem aksi wanita dan saya mahu melakonkan watak wanita yang tidak menentu serta yang sangat realistik.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal ditayangkan pada 10 Mac nanti. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...