Ikuti Kami:

“Saya Bimbang Kerana..” – Jung Kyungho Akui Malu Rakam Babak Cium Dengan Jeon Doyeon

“Saya Bimbang Kerana..” – Jung Kyungho Akui Malu Rakam Babak Cium Dengan Jeon Doyeon

Setelah 16 episod ditayangkan, drama “Crash Course in Romance” telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Terbaru, salah seorang teraju utama drama itu iaitu Jung Kyung-ho telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tamatnya siri berkenaan.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu berkongsi rasa terujanya dapat bergandingan dengan pelakon senior Jeon Do-yeon,

Saya mempunyai banyak detik gemilang semasa berlakon dengan Jeon Do-yeon. Saya berpura-pura bahawa saya tidak terlalu teruja untuk menjalani penggambaran drama percintaan dengan seseorang yang saya pernah lihat berlakon di TV sejak muda. Tetapi, saya pergi ke pengarah dan secara rahsia memberitahunya bahawa saya gembira. Saya tertanya-tanya sama ada ini adalah perasaan seorang peminat yang ‘berjaya’.

Selain itu, babak ciuman antara watak Choi Chi-yeol dan Nam Haeng-seon dalam “Crash Course in Romance” turut menjadi perhatian ramai. Mengenai perkara ini, Jung Kyung-ho menjelaskan,

Saya malu. Ia adalah adegan di mana Choi Chi-yeol menciumnya tanpa mengetahui sama ada ia mimpi atau nyata. Saya bimbang kerana babak itu sangat tegang.

crash course in romance

Jelas pelakon “Hospital Playlist” itu lagi,

Walau bagaimanapun, adalah baik untuk merakam adegan ciuman dalam hanya satu masa seperti adegan aksi. Saya melakukan yang terbaik semasa penggambaran.

Memang mantap ‘chemistry’ Jung Kyung-ho dengan Jeon Do-yeon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...