Ikuti Kami:

“Saya Berat Hati..” – Akui Kesalahan, Suga BTS Mohon Maaf Pandu Skuter Dalam Keadaan Mabuk

“Saya Berat Hati..” – Akui Kesalahan, Suga BTS Mohon Maaf Pandu Skuter Dalam Keadaan Mabuk

Suga akhirnya mengeluarkan permohonan maaf selepas disahkan menunggang skuter dalam keadaan mabuk.

Tulisnya secara peribadi,

Hello, ini Suga. Saya sangat berat hati dan memohon maaf kerana membawa berita yang mengecewakan.

Jelasnya, dia menunggang skuter elektrik untuk pulang ke rumah selepas minum alkohol pada malam sebelumnya,

Saya melanggar Akta Lalu Lintas Jalan Raya kerana pemikiran saya yang cuai bahawa jaraknya adalah dekat dan kegagalan saya untuk menyedari bahawa menggunakan skuter elektrik semasa mabuk adalah dilarang. Saya jatuh semasa meletakkan skuter di hadapan rumah saya, dan pegawai polis yang berdekatan melakukan ujian nafas, menyebabkan lesen saya dibatalkan dan saya dikenakan denda.

suga

Walaupun tiada mangsa atau kemudahan yang rosak dalam proses ini, dia sepenuhnya bertanggungjawab tanpa sebarang alasan, dan idola tersebut dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua orang.

Saya memohon maaf kepada semua yang terluka oleh tindakan saya yang cuai dan salah, dan saya akan lebih berhati-hati dalam tindakan saya pada masa akan datang untuk mengelakkan insiden seperti ini daripada berlaku lagi.

Tak apa, semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Weverse

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...