Ikuti Kami:

“Saya Berasa Sedih Kerana Terpaksa Meninggalkan AOA Kerana Isu Ini” – Mina Mohon Maaf

“Saya Berasa Sedih Kerana Terpaksa Meninggalkan AOA Kerana Isu Ini” – Mina Mohon Maaf

Mesti semua sedia maklum dengan kisah bekas ahli AOA iaitu Mi-na yang dibuli selama 10 tahun sepanjang dia aktif dengan kumpulan idola tersebut. Selepas pendedahan itu, Ji-min yang disebut sebagai pelaku utama telah pun membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni.

[Amaran: Perbincangan cubaan membunuh diri]

Pun begitu, Mi-na baru-baru ini kembali mencederakan dirinya selepas mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa Ji-min mungkin akan kembali semula ke dalam industri seni selepas semuanya reda. Dia juga turut meluahkan rasa kecewa kerana masih lagi tidak menerima permohonan maaf daripada AOA mahupun FNC Entertainment sehingga kini.

aoa mina mohon maaf

Walaubagaimanapun, Mi-na kini sudah pun mendapatkan rawatan di hospital dan telah pun memuat naik entri panjang untuk meminta maaf di laman Instagram rasminya kelmarin.

Ramai orang yang berasa risau dengan saya selain menyokong saya, tetapi saya sekali lagi mengecewakan mereka. Jadi, saya ingin memohon maaf. Kepada sesiapa yang disakiti disebabkan saya.. dan kepada sesiapa yang terkejut apabila melihat gambar tersebut, sekali lagi saya ingin memohon maaf… Saya dengar yang ketika saya berada dalam keadaan tidak sedar pada ketika itu.. ramai rakan keluarga di FNC yang berada di sisi saya sepanjang malam.. Saya berjumpa dengan presiden Han Sung-ho hari ini. Saya sangat sukakan FNC dan AOA.. Saya berasa sangat sedih apabila terpaksa meninggalkan AOA kerana isu ini dan ia merupakan satu perkara yang sangat sukar.. Hari ini, saya dapat merasakan keikhlasan presiden semasa bercakap dengannya.. Saya menyesal kerana perkara ini menjadi sebegini rupa.. Untuk kesemua peminat, kenalan, keluarga yang risaukan saya, kepada peminat AOA yang sedang melalui masa yang sukar kerana saya.. Saya minta maaf.. Saya akan muhasabah diri dan bekerja keras bagi mendapatkan rawatan supaya perkara ini tidak terjadi lagi.. Saya benar-benar minta maaf..

Semoga Mi-na kembali tenang dan menjalani rawatan sebaik mungkin..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...