Semakin ramai idola yang mula mendirikan rumah tangga apabila mencecah usia 30 tahun kini.
Salah seorang daripada mereka ialah Choi Chang-min dari kumpulan ‘lejen’ iaitu TVXQ. Hampir setahun berumah tangga, lelaki itu akhirnya mendedahkan sebab dia memilih untuk menamatkan zaman bujang.
Menerusi rancangan “Bistro Shigor”, kesemua ahlinya duduk bersembang semasa dalam persiapan untuk membuka perniagaan kedua mereka. Dalam pada itu topik mengenai perkahwinan mula berbangkit dan jelas Chang-min,
Apabila orang lain menceritakan mengenai kebahagian mereka, saya hanya akan ucapkan tahniah sebagai tanda formaliti. Namun sampai satu ketika, saya mula berasa gembira dan risau dengan apa yang disampaikan isteri saya, sepertinya ia adalah hal saya juga.
Dek kata-kata manis ahli TVXQ itu, ahli lain yang masih belum berkahwin meluahkan rasa cemburu mereka.
Sweetnya Chang-min!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.