Ikuti Kami:

“Saya Bencikan Masa Lalu..” – Goo Hyesun Jawab Persoalan Tentang ‘Lelaki’

“Saya Bencikan Masa Lalu..” – Goo Hyesun Jawab Persoalan Tentang ‘Lelaki’

Sedar tak sedar, sudah banyak perkara yang dilalui Gu Hye-sun sepanjang aktif dalam industri seni.

Dalam sebuah temubual bersama saluran YouTube ‘What To See?’ baru-baru ini, wanita itu turut sempat berkongsi mengenai pandangan peribadi tentang pelbagai perkara.

Kongsinya tentang komen buruk yang diterima,

Terdapat pelbagai kata-kata yang menyakiti saya. Katanya, ‘Saya tak percaya awak berkata sebegini’ atau ‘Kenapa lain pula dengan percakapan awak dahulu?’. Pada ketika itu, saya hanya mampu meluahkan menerusi tabloid jadi saya memahami apa yang terlintas di fikiran umum.

gu hyesun

Gu Hye-sun turut mengungkap mengenai masa lampau yang mahu dipadamnya,

Saya berharap yang saya boleh padamkan semuanya. Saya sangat bencikan masa lalu. Ada ke sesiap yang menyukai masa lalu saya?

Ujarnya tertawa,

Saya perlu hapuskan semuanya, kenapa laman portal tak mahu memadam kesemua itu.

gu hyesun

Dalam temubual yang sama, Gu Hye-sun mengakui bahawa dia tak memiliki teman lelaki kini walaupun pernah mendedahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seseorang tak lama dulu.

Semakin jujur Gu Hye-sun.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...