Ikuti Kami:

“Saya Belum Terima Skrip Musim Kedua” – Ahn Bohyun Akui Suka Penutup Terbuka ‘Yumi’s Cells’

“Saya Belum Terima Skrip Musim Kedua” – Ahn Bohyun Akui Suka Penutup Terbuka ‘Yumi’s Cells’

Ramai yang dengarnya sudah tidak sabar menantikan sambungan “Yumi’s Cells” betul tak?

Untuk pengetahuan anda, “Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

Dalam sebuah temu bual baru-baru ini, Ahn Bo-hyun berkongsi mengenai kemungkinan musim dua untuk drama tersebut.

Musim kedua? Saya tiada mendengar apa-apa mengenainya lagi. Saya tak ada dapat skrip pun. Saya pun dah pulangkan rambut palsu kepada pihak produksi (ketawa).

tvn yumi's cells

Dalam pada itu, Ahn Bo-hyun turut mengakui bahawa dia menyukai penutup terbuka untuk “Yumi’s Cells”.

Anda mungkin merasakan hubungan itu terputus secara tiba-tiba namun ia merupakan penutup terbuka yang boleh diteka oleh penonton secara bebas. Adakah kerana syarikat Go Woong yang muflis ataupun kerana dia tetap cintakan Yu-mi tapi melepaskan demi kebahagiaan wanita itu? Ia merupakan pengakhiran yang boleh difikir sebagai pelbagai sebab.

Di akhir musim pertama “Yumi’s Cells”, Go Woong (Ahn Bo-hyun) dan Yu-mi (Kim Go-eun) dilihat memilih untuk membawa haluan masing-masing kerana tidak mempunyai pandangan yang sama dalam perhubungan. Dengan kemunculan watak seperti Yoo Ba-bi (Jin-young) selain plot yang sudah tertulis di dalam webtoon asal, ramai yang menantikan apakah kesinambungan kisah cinta Yu-mi serta sel-selnya. Adakah akan ada perubahan yang lain?

Bilalah agaknya musim kedua akan keluar ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...