Ikuti Kami:

“Saya Banyak Menangis Ketika Baca Skrip” – Lee Seyoung Dedah Kisah Disebalik ‘Kairos’ Dalam Temubual Eksklusif

“Saya Banyak Menangis Ketika Baca Skrip” – Lee Seyoung Dedah Kisah Disebalik ‘Kairos’ Dalam Temubual Eksklusif

Dengar cerita ramai yang teruja tonton drama “Kairos” yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini?

Sinopsis ringkas

“Kairos” ialah sebuah ‘drama thriller fantasi mengenai pengembaraan masa’ di mana takdir Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) yang anak perempuannya diculik mula berbelit dengan Han Ae-ri (Lee Se-young), seorang wanita yang sedang mencari ibunya yang hilang. Daripada perspektif Kim Seo-jin, Han Ae-ri berada sebulan sebelumnya namun mereka berdua boleh berkomunikasi daripada waktu yang berbeza. Dengan kelebihan ini, mereka berdua bergabung tenaga bagi menyelamatkan orang yang tersayang.

Di kesempatan ini, kami dapat menjalankan temubual khas dengan Oh!K bersama Lee Se-young yang membawa watak Han Ae-ri. Jom!

Soalan #1: Kenapa anda pilih untuk membintangi ‘Kairos’?

Drama ini merupakan satu cabaran buat saya sebagai pelakon, dengan tema penggembaraan masanya. Saya juga kagum dengan pandangan Han Ae-ri terhadap dunia dan saya sangat suka kerana cerita ini menunjukkan progres yang pantas lantas membuatkan anda tertarik dengan plotnya.

lee seyoung kairos

Soalan #2: Boleh ceritakan secara ringkas mengenai watak yang dipegang anda?

Han Ae-ri hidup dalam kehidupan yang sibuk dek mempunyai tiga kerja sampingan. Sambil belajar, dia turut bekerja separuh masa agar dapat menyimpan wang untuk pembedahan ibunya. Walaupun terpaksa melalui kehidupan yang sukar sejak kecil lagi, dia kekal tabah dan positif selain langsung tidak teragak-agak untuk membantu orang lain. Han Ae-ri kemudiannya mengenali Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) dalam satu situasi yang tidak dijangka.

Soalan #3: Apa perasaan dapat bekerjasama dengan Shin Sung-rok?

Kami sebenarnya tidak mempunyai banyak babak bersama dek plot drama ini. Saya juga pernah bekerjasama dengannya dalam satu projek satu ketika dahulu dan saya ingat bahawa saya sangat selesa berada di set penggambaran dengannya. Dia membantu saya untuk kekal fokus dan membuatkan suasananya menjadi kasual. Kami mempunyai banyak babak bercakap dalam telefon pada awalnya, dan dia membantu membina kepercayaan daripada mula lagi dan ia membantu saya untuk mendalami emosi watak tersebut.

lee seyoung kairos

Soalan #4: Tanpa memberikan sebarang spoiler, boleh tak anda kongsikan dialog (daripada skrip) yang dapat memberikan gambaran terbaik mengenai drama ini dan boleh menarik perhatian peminat?

Dalam poster promosi ada ditulis ‘Kita akan selamatkan satu sama lain’; ia menunjukkan perjumpaan di antara Han Ae-ri dan Kim Seo-jin. Latar belakang poster tersebut menggambarkan bahawa kedua mereka berada dalam dunia berbeza tetapi keduanya berjumpa dalam situasi di mana mereka perlu menyelamatkan satu sama lain. Anda semua akan dapat saksikan halangan yang akan ditempuhi mereka sepanjang drama ini nanti.

Soalan lain

Soalan: Bagaimana keserasian di antara anda dan Kang Seung-yoon?

Seung-yoon merupakan pelakon yang baik dan dia memberikan sebaik yang mungkin semasa di set penggambaran. Saya rasa masih banyak yang boleh diperbaiki dan saya akan sentiasa bertanya pengarah supaya dia dapat mengemudi saya untuk melakukan yang terbaik.

lee seyoung kairos

Soalan: Terdapat banyak babak yang tegang dan beremosi dalam trailer drama ini. Bagaimana dengan semua pelakon?

Saya banyak menangis apabila membaca skrip dan juga ketika sesi pembacaan skrip. Ia tidak sukar bagi saya untuk mendalami emosinya. Walaubagaimanapun, agak sukar apabila anda perlu melakukannya banyak kali. Watak ibu saya yang banyak menyokong dan memastikan saya terus kekal dalam watak.

Fuhh! Hebat betul gambaran Lee Se-young mengenai drama “Kairos”. Anda pun pasti teruja menontonnya kan?

Jangan lupa saksikan “Kairos” di saluran Oh!K (Astro 394) pada setiap Selasa dan Rabu pada jam 7.45 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...