Ikuti Kami:

“Saya Baik Sahaja” – Yoo Jaesuk Sebak Lihat Reaksi Positif Jururawat Bertugas Urus COVID-19 Di Daegu

“Saya Baik Sahaja” – Yoo Jaesuk Sebak Lihat Reaksi Positif Jururawat Bertugas Urus COVID-19 Di Daegu

Semuanya pasti tahu bahawa kes COVID-19 di Korea Selatan kian meningkat saban hari. Kawasan yang paling terjejas teruk ialah daerah Daegu di mana jumlah kes paling tinggi dicatatkan di situ. Disebabkan oleh keadaan menggesakan, kesemua penduduk daerah tersebut dan juga seluruh Korea mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung wabak ini daripada menular dengan lebih serius. Bukan sahaja penduduk, malahan kakitangan perubatan turut merisikokan nyawa mereka bagi memastikan kesemua pesakit sembuh seperti sedia kala.

Menerusi rancangan “Yoo Quiz On The Block”, pengacara terkenal iaitu Yoo Jaesuk dan Jo Seho telah berganding tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan orang ramai. Pada episod kali ini, mereka telah menjemput beberapa individu yang mempunyai kepentingan dalam kehidupan semua orang dan salah seorang daripada mereka ialah jururawat yang bertugas di Daegu untuk merawat para pesakit COVID-19.

yoo jaesuk menangis semasa bercakap dengan jururawat covid-19

Menerusi panggilan video, jururawat tersebut telah berkongsi bahawa dia sanggup dihantar bertugas di Daegu kerana tahu ia adalah satu kes kecemasan untuk negara pada ketika ini. Walaupun dia dihalang oleh keluarga dan kenalan, wanita itu tetap tabahkan diri bagi menghulurkan bantuan.

Tak cukup dengan itu, jururawat tersebut menjelaskan fasiliti di Daegu serba kekurangan buat masa ini walhal jumlah kes COVID-19 kian meningkat setiap hari. Kebanyakan kakitangan perubatan tidak dapat pulang ke rumah malahan terpaksa bekerja 15-17 jam tanpa henti. Bukan sahaja itu, bekalan pencegahan seperti topeng muka, pakaian keselamatan dan sarung tangan juga tidak mencukupi sehingga mereka perlu berjimat ketika menggunakannya.

yoo jaesuk menangis semasa bercakap dengan jururawat covid-19

Yoo Jaesuk kerap kali bertanya kepada jururawat tersebut sama ada dia mengalami kesusahan atau pun tidak, tetapi reaksi positif wanita itu meruntun hati pengacara popular tersebut.

Saya tak mahu cakap panjang, tapi saya nak bagitahu keluarga dan semua orang bahawa kami baik-baik sahaja di sini.

Terdiam seketika, tubir mata Yoo Jaesuk mula bergenang dengan air mata. Matanya mula memerah dan dia asyik mengelap air mata tersebut sehingga menimbulkan rasa sunyi di dalam set studio.. Jururawat tersebut turut memujuk pengacara itu dan meyakinkannya bahawa kesemua kakitangan perubatan di Daegu berada dalam keadaan baik sahaja.

Saya tak pasti tentang ini. Sebabnya.. Awak kerap kali cakap awak baik-baik sahaja tetapi saya berasa sedih….

yoo jaesuk menangis semasa bercakap dengan jururawat covid-19

Rata-rata penonton yang melihat babak ini turut menangis sekali bersama Yoo Jaesuk. Mereka meluahkan ucapan terima kasih kepada kesemua kakitangan yang bertungkus-lumus membahayakan nyawa mereka untuk membendung COVID-19.

Harap kesemua kakitangan perubatan yang terlibat dengan COVID-19 akan baik-baik sahaja.

Sumber: Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...