Ikuti Kami:

“Saya Alpa Tentang Isu Hak Cipta” – Diselar Tonton ‘Raised By Wolves’ Secara Haram, Kim Jihoon Minta Maaf

“Saya Alpa Tentang Isu Hak Cipta” – Diselar Tonton ‘Raised By Wolves’ Secara Haram, Kim Jihoon Minta Maaf

Sedang meningkat naik selepas lakonan hebatnya dalam “Flower Of Evil”, tanpa sengaja pelakon Kim Ji-hoon terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Dalam episod program “I Live Alone” yang ditayangkan beberapa hari lepas, Kim Ji-hoon telah menyertai sebagai tetamu untuk episod tersebut. Menerusi program tersebut, dia mendedahkan aktiviti sehariannya di rumah.

Dalam salah satu babak, lelaki itu dilihat menikmati masa lengangnya dengan menonton sebuah drama Amerika bertajuk “Raised By Wolves”. Walaupun seronok menonton drama tersebut tetapi banyak perkara lain yang bermain di fikiran penonton.

kim jihoon i live alone

Kalau anda nak tahu, “Raised By Wolves” merupakan drama yang diterbitkan di saluran HBO Max iaitu OTT yang baru sahaja memulakan tayangannya pada Mei lepas. Disebabkan itu, saluran ini masih lagi tidak boleh diakses di banyak negara termasuklah Korea. Yang menghairankan, Kim Ji-hoon boleh menontonnya dengan disertai sari kata bahasa Korea.

Oleh itu, ramai yang menebak bahawa pelakon itu memuat turun episod drama Amerika tersebut secara haram. Kebanyakan daripada komen menyelar tindakannya sebagai tidak beretika memandangkan dia juga merupakan seorang pelakon dan seharusnya lebih arif mengenai keburukan cetak rompak kepada industri seni.

kim jihoon i live alone

Selepas hal ini kecoh di serata laman komuniti, Kim Ji-hoon sendiri telah tampil untuk memohon maaf atas kesalahannya itu,

Sebagai seorang pelakon, saya memohon maaf kerana alpa mengenai isu hak cipta. Saya akan cuba menjadi seorang pelakon yang lebih menjaga tingkah lakunya pada masa hadapan. Saya minta maaf sekali lagi kerana hal ini.

Semoga Kim Ji-hoon akan belajar daripada kesilapan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...