Ikuti Kami:

“Saya Akan Cari Awak” – Han Sohee Bidas Kenyataan Jahat Dari ‘Haters’?

“Saya Akan Cari Awak” – Han Sohee Bidas Kenyataan Jahat Dari ‘Haters’?

Han So-hee nampaknya tidak berdiam diri mengenai kenyataan jahat yang diajukan buat dirinya.

Terbaru, Han So-hee telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagram miliknya, dengan kapsyen yang ditulis,

Jangan sakit (badan, minda, sendi, tirod, dll.)

Dalam entri yang sama, pelakon itu juga turut menyiarkan foto papan hitam yang mengandungi frasa,

Han So-hee bodoh.

han sohee

Kemudian, pelakon “My Name” itu nampaknya telah membidas kembali kenyataan jahat tersebut, dengan ada ayat lain ditulis di papan hitam yang sama,

Siapa awak, saya akan cari awak.

Sementara itu, Han So-hee akan bergandingan dengan Park Seo-joon dalam drama “Gyeongseong Creature”, bakal ditayangkan pada suku keempat 2023 di Netflix.

Haa jangan main-main dengan Han So-hee.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...