Ikuti Kami:

“Saya Akan Buat Yang Terbaik” – Kim Seonho Kekal Terajui Filem ‘Sad Tropics’

“Saya Akan Buat Yang Terbaik” – Kim Seonho Kekal Terajui Filem ‘Sad Tropics’

Selepas terpalit kontroversi, Kim Seon-ho terpaksa mengundurkan diri daripada beberapa filem dan program seperti “2 Days 1 Night”.

Pun begitu, buat syarikat produksi NEW yang menghasilkan filem “Sad Tropics”, mereka memilih untuk kekal bersama Kim Seon-ho dan menjalani penggambaran pada tahun ini.

Nampak gayanya, “Sad Tropics” bakal menjadi filem debut Kim Seon-ho selepas menyertai pelbagai teater dan drama.

kim seonho sad tropics

Kim Seon-ho turut menyampaikan ucapannya menerusi SALT Entertainment,

Saya akan mempersiapkan diri dengan sebaik boleh untuk membalas peluang yang diberikan.

“Sad Tropics” membawa kisah seorang lelaki yang mempunyai ayah warganegara Korea dan ibu warganegara Filipina. Dia mengimpikan untuk menjadi peninju dan datang ke Korea bagi mencari ayah yang meninggalkannya. Selain itu, Go A-ra turut dalam perbincangan untuk menerajui naskhah itu

Menurut laporan media, filem itu sepatutnya memulakan penggambaran pada pertengahan November namun kini, mereka merancang untuk merakam pada Disember nanti.

Semoga ada sinar baru buat Kim Seon-ho.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...